22 October 2015

Gadis Mati Ditikam (Gambar ini hanya direka untuk pembelajaran sahaja)




Shah Alam- Seorang gadis berusia 18 tahun maut selepas ditikam di dada kirinya dengan pisau di seksyen 15, bangunan lama PKNS, di sini, semalam.

Deputi Superitenden Polis (DSP) Syed Kamarul Syed Amani Jamalulai Baraqabah berkata, kejadian berlaku kira-kira 4 pagi dan menurut forensik mangsa, Siti Suraya Abdullah ditikam pada pukul 4 pagi dan mati pada pukul 4.20 pagi di dalam sebuah kereta mewah.

“Polis menerima satu panggilan kira-kira pukul 6.10 pagi daripada salah seorang saksi yang ternampak mangsa dalam keadaan  berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tempat kejadian”, ujarnya.
Mayat mangsa yang ditemui terbaring selepas ditikam di tempat duduk pemandu dalam   kejadian di Jalan Ketam,Sekyen 15. Gamba berita- Fiera Rahim

Seorang saksi yang enggan dikenali, bekerja sebagai pembersih bangunan berkata, beliau ternampak kereta yang mencurigakan di kawasan bangunan itu kira-kira pada pukul 6 pagi.

“Rakan saya terdengar jeritan pada pukul 4 pagi seperti orang bergaduh tetapi selepas itu suara tersebut hilang,” jelas saksi.
Menurut Syed, kereta mewah itu dipercayai milik Datuk Azman Azmi, iaitu pemilik syarikat Logistik di Perlabuhan Klang dan juga merupakan majikan kepada mangsa.
“Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan saya percaya kes ini tiada kaitan dengan kes rompakan ataupun samun malah saya percaya mungkin motif pembunuhan ini kerana mangsa telah memeluk agama islam dan juga motif  cemburu”, jelasnya.
Menurut siasatan awal, pihak polis menjumpai tiga cap jari tidak dikenali tetapi mereka masih lagi melakukan siasatan.
“Mangsa dipercayai tiada sebarang rekod jenayah dan merupakan seorang mualaf kerana sebelum ini mangsa beragama Hindu,”katanya.
Syed menambah, mengikut siasatan awal mereka Siti dipercayai diekori sebuah kereta yang tidak dikenali semasa pulang dari tempat kerja sebelum kejadian tersebutr berlaku.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) untuk dibedah siasat.






No comments:

Post a Comment