Tidak dapat dinafikan bahawa politik
memainkan satu agenda yang penting dalam proses melakar suatu sejarah. Malahan
sejarah juga amat signifikan dalam proses kebangkitan sebuah negara-bangsa.
Jatuh-bangun sesebuah negara-bangsa amat bergantung kepada halatuju
kepemimpinan dan politik semasa.
Malangnya, perkembangan dan pergolakan
politik negara secara langsung menunjukkan kepimpinan Melayu sentiasa
berhadapan dengan konflik dalaman yang tidak kunjung padam.
Berdiskusi mengenai Politik
Melayu pada abad 21 tidaklah kurang bezanya daripada abad ke-20, bahkan semakin
parah dan hangat diperkatakan. Dari segi politik, Melayu kini terbahagi kepada
tiga. Kalau dahulu politik Melayu hanya diwakili oleh UMNO dan PAS, kini muncul
PKR sebagai alternatif. Kemunculan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) memberikan impak yang besar dalam institusi politik
melayu dengan diterjui oleh Anwar Ibrahim. Sejurus itu bermulalah konflik
antara ketiga-tiga parti tersebut. Dapatkah kita sebagai rakyat Malaysia
mengharmonikan politik melayu dalam era ini?
Untuk kita mengenal pasti
kemelut yang melanda parti politik Melayu itu, haruslah kita kupas dahulu satu
persatu isu yang hangat diperkatakan.
“Jika tiada permulaannya,
masakan boleh ada pengakhirannya”? dipetik oleh kata-kata daripada Bekas mufti
Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul mengenai isu hudud yang telah diusul oleh PAS. Mengikut perlembagaan Malaysia, hukum tersebut memang
tak boleh dilaksanakan oleh kerana perlembagaan kita sendiri tidak
membenarkannya. Hukum hudud juga tidak
boleh dilaksanakan di mana-mana negeri dalam negara ini selagi perkara 4 dan
perkara 75 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda
namun negeri Kelantan berjaya melaksanakan hukum hudud tersebut. Yang membuatkan isu
hudud itu hangat dibicarakan oleh kerana Parti Pakatan Rakyat sendiri oleh
kerana mereka tidak mempersetujui undang-undang hudud dilaksankan diseluruh
Malaysia. Kenapa? Dan mengapa? Dipetik oleh kata-kata PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail;
perlaksanaan hudud bukanlah agenda bersama PKR.
Kenyataan tersebut dibalas
pedas oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi “Inilah sikap sebenar mereka, menentang hukum
Islam dan mahu menegakkan sebuah negara sekular semata-mata. “Sikap toleransi
dan hormat-menghormati tidak ada dalam prinsip perjuangan mereka,” katanya. Kenyataan dari UMNO tersebut ibarat mencurah
minyak ke dalam api kepada dua parti politik tersebut. Sehubungan dengan itu
adakah masih relevan hubungan yang akrab antara PAS dan PKR? Dan adakah PAS
masih ingin meneruskan perjuangan mereka untuk melaksanakan hudud? Malah bagi
memperjuangankan syariat islam didalam negara kita?
Selepas hukum hudud
mendominasi media-media di Malaysia dan juga antarabangsa, negara sekali lagi
dikejutkan dengan kenyataan yang berbaur ancaman terhadap perdana menteri kita
iaitu Datuk Seri Najib Razak oleh bekas mantan perdana menteri Malaysia, Dr.
Mahathir dengan isu-isu seperti satu pembatalan pemberian BR1M dan satu lagi
bina jambatan bengkok di Tambak Johor ke Singapura.
Malahan jambatan bengkok itu
juga menjadi punca utama Dr Mahathir mengkritik Tun Abdullah Badawi dulu hingga
membawa kepada perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Adakah permasalahan
tersebut akan membuatkan Najib meletakkan jawatannya?
Selepas itu, Najib sekali
lagi dihenyak oleh Dr. M dengan mengatakan kritikannya terhadap Najib ialah
Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang
jika Najib tidak meletak jawatan sebagai perdana menteri. Dr Mahathir berkata Najib lebih teruk daripada Tun
Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri kelima yang dibantunya turun untuk
memberi laluan kepada Najib. Isu tersebut melihatkan situasi Najib ibarat
kacang lupakan kulit. Kita sudah tahu
bahawa kedudukan Sabah dan Sarawak kini
tidak lagi selamat, tidak lagi deposit tetap BN. Adakah tidak masuk akal menjangkakan
BN kalah pada 2018? Persoalan demi persoalan meniti dibibir Dr. Mahathir
mengenai relevankah lagi Najib sebagai perdana menteri Malaysia.
Konflik demi konflik diterokai oleh Dr. Mahathir,
dimana soal BR1M yang tidak lagi
significant dimatanya oleh kerana, beliau beranggapan bahwa beliau inginkan
kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia dengan cara
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan bantuan perniagaan yang
diperlukan rakyat Malaysia ketika ini sekaligus mampu meningkatkan produktiviti
rakyat dan negara berbanding pemberian tunai daripada kerajaan yang sebenarnya
berasal daripada kalangan duit pembayar cukai di Malaysia.
Bukan itu sahaja, malah BRIM juga menyebabkan
rakyat terlalu bergantung harap kepada kerajaan dan juga melemahkan karakter
rakyat dan mengurangkan daya saing rakyat Malaysia dalam membentuk masyarakat
yang innovatif. Namun dari sudut pandang lain, BRIM dilihat sebagai umpan yang
diberikan kepada ikan, retoriknya, hanyalah menjadi umpan untuk memancing undi
semata-mata. Jikalau ikan yang ditunggu-tunggu
tiada, apa akan terjadi selepas itu kepada rakyat? Apakah rakyat masih ingin setia terhadap kerajaan persekutuan?
Tun Mahathir dilihat antara pemimpin yang paling
radical dan lantang menolak sistem BR1M seperti ini diagihkan kepada rakyat. Seharusnya,
kerajaan perlu mencari penyelesaian yang lebih mampan dan boleh
bantu semua kelompok rakyat di Malaysia, bukan sahaja golongan berpendapatan
rendah sahaja. Malah, golongan pertengahan yang terhimpit di tengah-tengah
bandar besar ketika ini. Ini kerana dana RM6 bilion adalah suatu dana yang
cukup besar sebenarnya. Golongan berpendapatan sederhana dan yang
berpendapatan tinggi pun ada hak dalam negara.
Mengulas kembali mengenai isu hudud yang ditentang keras oleh
DAP oleh kerana mereka tidak mahu hukum hudud dilaksanakan di seluruh negara
oleh kerana seperti yang kita tahu hukum hudud telah berjaya dilaksanakan di
negeri Kelantan yang khususnya untuk umat Islam. Mereka khuatiri jikalau hukum
hudud tersebut dilaksanakan di rang undang-undang parlimen, mereka takut semua
agama turut dikenakan hukum hudud.
Memetik kata-kata Ambiga apabila
ditemu ramah oleh wartawan Astro Awani berkata, “Mereka
kata orang bukan Islam tidak akan dikenakan hudud tetapi apa jaminan ia tidak
berlaku?" kenyataan ini sudah melambangkan bahawa mereka takut akan
perlaksanaan hukum hudud. Namun di mana justifikasi pihak PKR? Adakah mereka
juga turut sama menyertai DAP? PKR dilihat membisu dalam membahaskan isu hukum
hudud. Adakah masih relevan PKR sebagai
sebuah parti dengan tiadanya tunjang belakang mereka, Anwar Ibrahim.
Secara konklusinya, Sampai bilakah Melayu atau
rakyat atau pemimpin Malaysia akan bersikap apologetik seperti ini? Apakah ini
petanda Melayu akan pupus 50 tahun daripada sekarang? Apakah senario politik
negara ini dapat diharmonikan semula? Tentulah ia tidak semudah yang
difikirkan. Malang sekali, jika ada satu pihak cuba untuk berbaik-baik dengan
pihak yang lain, ia ditentang habis-habisan. Politik melayu tidak pernah surut
dengan konflik. Malahan semua isu turut dipolitikkan. Hatta isu kemalangan
jalanrayapun menjadi isu politik.Bukankah
kita mahu menuju ke arah negara maju, dasar dan pelaksanaan haruslah bercorak
kepada pemikiran kerajaan di negara maju juga. Apa kata anda pula?
No comments:
Post a Comment